Tuesday 4 October 2011

jigsaw puzzle

i love doing jigsaw puzzles. i just need time and space.... i want to do big (2500 pieces) 'all blue' color jigsaw puzzle to challenge my skill.... tried hard enough to find a picture of blue ocean and sky... and no living things, no dolphin whatsoever....just the scenery.... but couldnt find any....it's better if it glows in the dark....it will be the ultimate challenge for me...and of course no numbers behind each piece....

Thursday 22 September 2011

SMILE

Sudah lebih dua jam aku menghabiskan masa di kedai buku ini. menghampiri 1.30.
aku sms mr hubby -lapo-.
jawabnya -nak sampai dah-.
sekejap kemudian sms sampai lagi -dah ada kat depan kino-
aku pun balas: -kt depan kino juga- sambil jari menekan send, sambil ternampak mr hubby berlakon buat2 tak nampak aku tengah mencarinya. bila dia terpandang..dia senyum...



that momment....that particular moment even just for a second... i remember those days....

* aku and boipren aka hubby pernah berjanji nak jumpa kat kino... berjam aku tunggu tak sampai2. kesnya ialah aku duk lepak duduk atas lantai baca buku. dia cari tak jumpa...zaman tu mana ada handphone lagi.... *

* port pertemuan adalah central market..sebelum kemana2 la.. 'CM adalah tempat biasa kita'... at anytime...everytime aku sampai, lalu kat pintu masuk aku pasti akan pandang ke tkt atas sebelah kanan kerana biasanya dia memang tunggu kat situ. sudah menjadi peraturan tidak tertulis, dia PASTI ada di situ menunggu aku. kat tingkat satu memandang ke pintu masuk CM dan tersenyum ..the same smile mannn..... *

* bas stand klang. di suatu ketika ketika aku berseorangan. aku kesana dan tiba-tiba pandangan aku segera mengadap ke satu arah.... that particular sight, that very moment... aku boleh nampak diri dia berjalan ke arah aku. dengan pandangan seolah dia berkata "oohh dah lama dia tunggu aku kat situ agaknya. nak jalan ke mana laa lepas ni". di saat itu aku boleh menangis kerana walaupun dia tiada, bayangan dia boleh ada kerana keadaan dan situasi tersebut merupakan satu saat yang istimewa dan tersendiri... dan sudah tentu, dia..maksud aku bayangan dia datang ke arahku sambil tersenyum..... the same smile.... *

mr hubby, how i miss going out together....just the two of us... leaving the memory to be cherished and just move on together.... of course, the kids akan MENGAMUK kalu dengar kita kata ... "mommy ngan ayah nak keluar....kakak, adik ngan aishah tinggal ye....."

Friday 2 September 2011

Kalau adik sihat...

Kalau adik sihat... Adik boleh suap sendiri.. Adik nak makan apa pun ayah bagi
Kalau adik sihat... Adik tentu aktif... Lebih aktif dari kakak
Kalau adik sihat... Adik pun tentu riuh sama dalam kereta sampai ayah pasang radio pun tk dengar apa dah
Kalau adik sihat... Adik pun nak main juga... Ayah bawak adik main bola kat padang tiap-tiap
hari..
Kalau adik sihat... Adik pun boleh main handphone ayah... Adik tentu pandai guna handphone macam aishah... Adik memang suka gadget nih
Kalau adik sihat... Adik boleh baca buku cerita sendiri macam kakak
Kalau adik sihat... Adik boleh warna semua buku-buku mewarna
Kalau adik sihat.............

Monday 1 August 2011

31 Julai ....coretan untuk birthday dia

Aku pun pening.... kadang rasa nak ke B, kadang rasa nak ke A... biasanya ku tanya dia... nah!..pastinya macam biasa dia tidak akan memberikan jawapan. paling kurang, katanya ikut laa.... paling lebih...diberi jawapan A beserta fakta-fakta yang kekadang di dalam hati akan ada je kontra nya dari ku sendiri... kadang diberi jawapan B... yang aku rasa ok juga. sebagai penguat kepada keputusanku yang telah dibuat sebelumnya.... begitulah aku apabila hendak membuat keputusan dan apabila meminta pendapatnya.

Dari zaman bercinta, segala plan untuk hari tersebut akan ku rancang,...biasa laaa kalau ditanya, langsung dia tiada bantahan...

kalau ditanya..nak ke mana hari nih....
jawabnya (sudah pasti ku dapat agak jawapan yang diberi) ... ikut laa.....

atau nak makan kat mana...kat situ ke sini???
jawabnya (sudah pasti dapat ku agak jawapan yang diberi)..mana-mana pun boleh laa....

idak pula ku sangka, hingga ke saat ini, setelah berkahwin dan menjadi ibu dan bapa....keadaan nya masih sama... bezanya, aku menyenaraikan alternatif dan akibat serta kebaikan setiap alternatif....(sudah pasti ku nyatakan keputusanku dulu...beserta bukti2 sokongan),

dan apabila ditanya...jawabnya (sudah pasti dapat ku agak jawapan yang diberi)....boleh laaa.....

seterusnya keputusan dibuat bersama atau boleh laa dikatakan the final say is his.....sudah pasti...kerana azalinya big boss yang membuat keputusan....

apa-apa pun.... we can live with it.... seperti segalanya sudah dipersetujui bersama, walaupun tiada hitam putihnya. ianya berlalu seperti ianya memang sepatutnya begitu. tiada bantahan..... mungkin apabila keputusan dibuat,..... segala sudah ditimbang tara kan....

hari ini....dia sudah bertambah usia.... dan semakin matang (ku rasa laaa)

bila ku tanya... apa perasaan abang berumur 37 tahun....
jawabnya (sudah pasti ku dapat agak jawapan yang diberi) ialah...'ntah...biasa je....'....

seperti apabila ku bertanya pendapatnya tentang masakan ku.... sedap ke tak?....
jawabnya (sudah pasti ku dapat agak jawapan yang diberi).... 'boleh laa...'

atau cantik kah aku pada hari itu atau pada malam itu....
jawabnya (sudah pasti dapat ku agak jawapan yang diberi)... 'cantik'.... dengan nada yang membayangkan jawapannya ibarat cantik pun tidak....tak cantik pun tidak,.....

atau bila ku tanya..sayang ke tidak nih....
jawabnya (sudah pasti ku dapat agak jawapan yang diberi).... 'cuba teka abang sayang ke takkkk.....'

adoii...geram juga....kerana ku rasa wanita semua sukakan kata-kata yang manis...puji-pujian....... walaupun mak selalu cakap...'lelaki yang suka berkata manis ni susah dipercayai'.... namun....pastinya....diakhirnya.....aku redha....

apabila dia menyambung.... sedaplaaa masak....sebab tu abang makan tambah.... atau... sayang laa...sebab tu abang tolong buat kerja rumah.....basuh kain, jaga anak.....

haaiii,.....suami.... selamat hari lahir yang ke 37 abang.... Syukur kepada Allah... dan terima kasih kepada Mie kerana melahirkan lelaki yang paling sempurna untuk diriku.....

Monday 18 July 2011

it's the only time....

i like swimming...or can i say i like going to the pool.... it's the only time i have for myself.... i'm glad now i can swim..... alhamdulillah ...thanks to cikgu areena.....apart from window shopping alone without the kids.... swimming is the only time i have for myself.... i like swimming.....:))

Tuesday 8 March 2011

wisdom tooth

checklist:

atas kanan.... checked! comment: infection ke gegendang telinga.. kena ambik antibiotic....

bawah kanan.... checked!...comment:...sakit giler.... minor surgery.... giler giler punya sakit... siapa yg cabut geraham bongsu bawah tak sakit patut bersyukur ... yg dah selesai dicabut pun sepatutnya bersyukur ianya telah berakhir...very unpleasant experience....!

Wednesday 23 February 2011

healthy food

kakak... dekat kantin jangan selalu beli nugget atau burger ye

ngapa?

sebab tak healthy

habis tu kakak nak beli apa?

nasi lemak ke, mi goreng ke...

nasi lemak healthy ke mommy?

err....ye laa

ngapa...?

sebab takde bahan pengawet

bahan pengawet tu apa mommy?....

*pesanan ringkas seorang ibu sebelum anaknya ke sekolah menjadi sesi ceramah pendek berkenaan bahan pengawet*