Friday 23 July 2010

industrial power fan

kipas sebesar meja nih... sifatnya apabila dipasang mengakibatkan bunyi yang sangat kuat dan berdengung..... angin yang keluar ibarat angin di tepi pantai...atau angin kuat bila hujan lebat akan turun sebentar lagi...


terasa lemas untuk bernafas...tetapi nyaman juga bila ianya dipasang ditengah hari atau petang yang panas terik...lebih berkesan sekiranya disusuli dengan pancutan butiran air halus macam kedai mamak.... atau sekarang ada juga di pasang di khemah kenduri kawin...

di surau....apabila terlampau ramai orang yang datang berjemaah seperti musim terawih...

tapi apabila ianya di pasang di bilik kuliah..

suara cikgu akan menjerit2...umpama bertanding dengan suara kipas besar tersebut.... kesannya.....belum pun berakhir satu jam.... si cikgu akan mengah.... belum lagi apabila mengajar di bulan puasa yang akan datangggg.... makin kering laaa tekak si cikgu....

suasana makin menarik apabila disusuli dengan tebaran kain baju kurung dan tudung berkibar-kibar di tiup angin.... kalau persembahan diadakan di atas pentas...pastinya ianya akan mendatangkan suasana dramatik....lebih lebih lagi apabila lagunya slow rock didendangkan.... mungkin masih ada kesannya kalau kebetulan...warna kain baju kurung cikgu malap....atau gelap dan dihiasi jalur-jalur panjang yang menampakkan kibarannya lebih lembut dan menawan....

aduh....tapi.....bagaimana pula kalau lagu yang didendangkan berkenaan fakta-fakta akademik...... tiada iringan muzik.....dan suasana makin hangat dengan tekanan atau simptom 'coveritis' (iaitu simptom untuk menghabiskan silibus berbanding penekanan mendalam terhadap sesuatu topik) oooohhh......makin mengantuk nampaknya pelajar ku.....

oh kipas..... kenapa engkau jadi pilihan...sambil ku merenung kotak penghawa dingin di dinding kelas....yang hanya menjadi hiasan.....

???

dialed 03-5XXXXXXX

hello, ini N A Montessori school?

ini ..bkjwhfiuehriuefh

assalamualaikum ini N A Montessori school?

salam.... bukan...ini bukan sekolah...sekolah tuh..haaa....kedepannn sikit, pusing kanan...

??? aku nih tengah cari jalan ke tengah cakap kat telefon? hua hua hua

Wednesday 21 July 2010

B.A.W.A.L.A.H

bawalah aku kemana sahaja.....sekiranya kau bersama aku, kemana sahaja aku rela.....

'tangisan bulan madu'

S.E.D.I.H

aku tidak mahu bersedih. aku tidak mahu membaca cerita-cerita sedih atau menonton cerita duka kisah orang. aku tidak mahu tahu tentang kesedihan.

aku sudah puas bersedih. sedih yang mungkin tiada pengubatnya. sedih yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.

aku mahu pengakhiran cerita yang bahagia. aku mahu menonton cerita lawak yang membahagiakan. aku mahu membaca kisah gembira dan berakhir dengan kebahagiaan.

aku tidak pandai berkongsi kesedihan. kenapa mereka yang diuji segala bentuk bencana, mengeluh dan menangisi nasib? blog bagi cancer survivor pastinya gembira. bagi yang masih menaruh harapan pastinya ayat yang penuh azam dan semangat. bagi yang sudah berputus asa, pastinya tersimpan deraian airmata disebalik setiap ayat yang disusun.

adakah blog si penderita nampak gembira kerana dia lari dari kenyataan atau kerana dia masih berharap?.. harapan yang entah setinggi mana terbangnya. yang mungkin tidak tercapai oleh tangan.

berpijak lah di bumi nyata. engkau tidak akan bahagia. engkau hanya bercerita seolah-olah engkau kuat. hakikatnya, jiwamu sedang runtuh..... sedihmu umpama sedih yang tidak berkesudahan...

blog mu akan mengundang komen dari insan-insan yang membaca:

ada yang akan berkata:

'saya kagum kerana blogmu tidak melambangkan kesedihan tetapi kekuatan dan keazaman yang kuat menangani permasalahan awak'

'saya sangat hiba membaca keluh kesah di dalam blog awak. saya simpati dan saya sentiasa akan berdoa kebahagiaan dan ketenangan awak'

berbagai-bagai tanggapan terhadap susun bicara di jana.

huh...!...aku bayangkan hanya lakonan, ianya lakonan kerana ianya untuk tontonan ramai... adakah pasti ianya jujur???.... hanya yang teguh imannya akan redha dan menerima....dan sejujurnya berkata-kata.

setakad mana jiwa yang diuji akan gembira? pasti yang teguh betul imannya akan gembira dan redha... iman....

aku sudah lagi tidak percaya. pasti terselit sesuatu rasa yang hiba..... kecuali yang teguh imannya akan gembira dan redha....iman...

pastinya....

kenapa perlu berpura-pura yang engkau kuat? ...engkau pasti pernah jatuh dan menangisi dugaan ini... seberat batu dipikul di bahu, selebat hujan di dalam jiwa yang merana.... namun...kecuali yang teguh imannya .....pasti tersenyum..iman....

mampukah penulis memiliki iman seteguh itu?...atau semakin hanyut mengikut arus.....kemanakah ianya akan membawa....?

Wednesday 7 July 2010

being organized

apabila segalanya kemas tersusun, barulah otak boleh berfikir dengan jelas. merancang kerja menjadikan stress nye kurang.... dan berkobar-kobar untuk memulakan semester yang baru..masalah pentadbiran yang diluar bidang kuasa, biarlah pihak pengurusan atasan yang fikirkan. jalankan kerja sendiri dengan berkesan.