Thursday 22 September 2011

SMILE

Sudah lebih dua jam aku menghabiskan masa di kedai buku ini. menghampiri 1.30.
aku sms mr hubby -lapo-.
jawabnya -nak sampai dah-.
sekejap kemudian sms sampai lagi -dah ada kat depan kino-
aku pun balas: -kt depan kino juga- sambil jari menekan send, sambil ternampak mr hubby berlakon buat2 tak nampak aku tengah mencarinya. bila dia terpandang..dia senyum...



that momment....that particular moment even just for a second... i remember those days....

* aku and boipren aka hubby pernah berjanji nak jumpa kat kino... berjam aku tunggu tak sampai2. kesnya ialah aku duk lepak duduk atas lantai baca buku. dia cari tak jumpa...zaman tu mana ada handphone lagi.... *

* port pertemuan adalah central market..sebelum kemana2 la.. 'CM adalah tempat biasa kita'... at anytime...everytime aku sampai, lalu kat pintu masuk aku pasti akan pandang ke tkt atas sebelah kanan kerana biasanya dia memang tunggu kat situ. sudah menjadi peraturan tidak tertulis, dia PASTI ada di situ menunggu aku. kat tingkat satu memandang ke pintu masuk CM dan tersenyum ..the same smile mannn..... *

* bas stand klang. di suatu ketika ketika aku berseorangan. aku kesana dan tiba-tiba pandangan aku segera mengadap ke satu arah.... that particular sight, that very moment... aku boleh nampak diri dia berjalan ke arah aku. dengan pandangan seolah dia berkata "oohh dah lama dia tunggu aku kat situ agaknya. nak jalan ke mana laa lepas ni". di saat itu aku boleh menangis kerana walaupun dia tiada, bayangan dia boleh ada kerana keadaan dan situasi tersebut merupakan satu saat yang istimewa dan tersendiri... dan sudah tentu, dia..maksud aku bayangan dia datang ke arahku sambil tersenyum..... the same smile.... *

mr hubby, how i miss going out together....just the two of us... leaving the memory to be cherished and just move on together.... of course, the kids akan MENGAMUK kalu dengar kita kata ... "mommy ngan ayah nak keluar....kakak, adik ngan aishah tinggal ye....."

Friday 2 September 2011

Kalau adik sihat...

Kalau adik sihat... Adik boleh suap sendiri.. Adik nak makan apa pun ayah bagi
Kalau adik sihat... Adik tentu aktif... Lebih aktif dari kakak
Kalau adik sihat... Adik pun tentu riuh sama dalam kereta sampai ayah pasang radio pun tk dengar apa dah
Kalau adik sihat... Adik pun nak main juga... Ayah bawak adik main bola kat padang tiap-tiap
hari..
Kalau adik sihat... Adik pun boleh main handphone ayah... Adik tentu pandai guna handphone macam aishah... Adik memang suka gadget nih
Kalau adik sihat... Adik boleh baca buku cerita sendiri macam kakak
Kalau adik sihat... Adik boleh warna semua buku-buku mewarna
Kalau adik sihat.............