suasana malam itu sama macam malam-malam yang lalu. gelap. namun begitu, kawasan perumahan itu entah mengapa agak sunyi. tidak seperti apa yang sedang berlaku dalam fikiran S sekarang. dalam fikirannya, penuh dengan kata-kata dan pertanyaan yang tidak berjawab. kedaan nya nampak resah teramat. sesekali di renungnya rumah dua tingkat di sebelah kanannya. masih belum keluar tetamu yang datang tadi, getus hatinya sedikit panas.. entah apa lah yang dibincangkan... namun dia pasti, dia tidak bersalah dalam hal ini. tiba-tiba S terkenang ibubapanya yang jauh di kampung. entah apa laa yang mereka lakukan sekarang. entah apa lah yang mereka fikirkan sekarang. ah! S sudah dewasa, sudah pandai menyelesaikan masalahnya sendiri. mungkin ibu bapanya mengharapkan S sendiri menyelesaikan kemelut ini, bersama tetamu di rumah dua tingkat tersebut.
direnungnya semula ke aras rumah dua tingkat di sebelah kanannya. sedikit kurang selesa, berada keseorang di luar dalam suasana pekat malam.. mengapa mereka tidak mengajak aku berbincang sekali dengan mereka..bukankah apa yg diperbincangkan adalah soal aku, getus hati S. 'tak pe la, harap semuanya berjalan lancar, sudah tidak tertahan hati memikirkan perkara yang tidak sudah' getus hati S. 'apa nak jadi jadilah...hatiku sudah tawar...'pujuk hati S. segala janji-janji yang pernah ditaburkan dalam hati S sudah langsung tidak jelas. kata-kata manis dan pujuk rayu, bila diingatkan terasa seperti dialog lakonan seorang pelakon lelaki terbaik.... sudah sah! S telah terpedaya....
mata S melilau ke sana sini. tiada seorang pun yang kebetulan lalu di jalan itu. suasana masih sunyi. masih lagi agak kurang selesa ditinggalkan di tepi jalan yang penuh semak itu. 'ish, kalau ye pun, pasang laaa aircond dalam kereta nih'. tidak banyak yang dapat S fikirkan tentang perkara yang mereka sedang bincangkan...., cuma memikirkan keadaan malam itu sahaja.
sesekali, terlintas semula difikiran ibu bapa dan adik-adik di kampung. terasa dunia ini tidak adil... di sana, di dalam rumah dua tingkat tersebut ibu bapanya ada bersama. sedangkan S, dibiarkan bersendirian di luar dan di biarkan melayan pemikirannya sendiri. ah! anak orang, biarkan saja' barangkali itu kata mereka...anak kita yang penting nih...
tiba-tiba...suasana agak bising, kelihatan beberapa kelibat keluar dari rumah dua tingkat tersebut. S mula terasa lega walaupun hatinya sedikit tertanya-tanya. tiga daripada mereka agak perlahan berjalan menuju ke kereta.. dua pasangan yang agak berumur. seorang daripada perempuan itu kelihatan mengesat air mata...dan terkadang tersedu sedan. S cuma diam. barangkali dia sedar, dalam keadaan itu, dia tidak bijak untuk berkata-kata.. bukankah dia sepatutnya hormat kepada mereka...mereka hampir sebaya dengan ibubapa S di kampung...
semuanya masuk kedalam kereta...S mula rasa sedikit kurang sabar untuk mendengar keputusan perbincangan mereka. bukankah apa yag dibincangkan adalah mengenai S. 'ianya mengenai hidup aku!... ah...pada ketika ini, aku sudah tidak peduli lagi...'kata S dalam hatinya....'janji dia pasti tidak akan tertunai...dan aku sudah puas bersedih..hari ini bukan untuk bersedih tapi bersyukur'...kata S....dengan perasaan geram....
akhirnya...seseorang dari mereka bersuara... 'dia dah tak mau teruskan....' S mendengar penuh pasrah... rasa hiba dan bersyukur memenuhi segenap perasaannya..terasa beban yang digalas jatuh menyembah bumi.... terasa penderitaan yang maha pedih terbang bagai buku ayam yang ditiup angin.........lelaki tadi menyambung ayatnya....'katanya ada 3 sebab. yang pertama dia belum bersedia, yang kedua.......' S sudah tidak mampu mendengar..........
No comments:
Post a Comment