Showing posts with label pengajaran dan pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran dan pembelajaran. Show all posts

Wednesday, 10 November 2010

Peluang terakhir....

Puan,

Bersama email ini saya lampirkan keseluruhan assignment yang telah ditugaskan sepanjang semester ini.

Saya memohon jutaan kemaafan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan. Saya akui kelemahan diri saya. Saya telah mencuba sebaik mungkin sepanjang semester ini untuk menamatkan pengajian saya. Tapi apakan daya, kekangan tugas yang begitu membebankan dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan sedikit sebanyak 'mencacatkan' usaha saya.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya. Sekarang, barulah saya faham subjek ini walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ia tidak mengecewakan seperti penyampaian cikgu sebelum puan yang membawa kegagalan sebanyak 2 kali. Saya tidak menyalahkan mana-mana cikgu, tetapi mungkin saya yang kurang peka.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 29 September 2010

tiba-tiba...

Tiba-tiba I:

tiba-tiba kelas hari ini terasa nyaman.... wajah pelajar masing-masing pun agak jelas hari ini.... mood pun terasa baik dari biasa.... oh!...dah pasang kipas siling rupanya.... suis lampu pun dah berfungsi.... Syukur alhamdulillah.....

Tiba-tiba II:

tiba-tiba pagi yang nyaman tidak lagi nyaman, suasana agak berbeza.... hmm..banyak peralatan terbiar di kelas ni. penghawa dingin yang tidak berfungsi.... kipas berdiri juga yang tidak berfungsi.... oh!...tiba-tiba ku perasan, kipas siling kelas ini belum ada. Namun, Syukur alhamdulillah... kelas ku akan tamat 10.20am, sebelum matahari tercacak atas kepala...

Tuesday, 24 August 2010

garang

jadi cikgu:
1998.... cik nih serius laaa
2000....garangnye cik.... tapi semester nih kurang dahh skett
2002.....senyum laaa miss...
2007..... puan, senyum laaa sikit baru manis....
pesal, muka saya garang ker.....iskkk...tak laa.... tak garang pun...
2009.... i may be look serious, but please feel free to ask question. this is me... memang susah nak senyum....baca gila-gila pun berkerut dahi tau.....siapa dapat senyum saya...memang bertuah laaa....

i know....on the very first meeting with the students, they seems so obedient... listen to every word i said.... class been so silent.... haaa.... in the middle of the semester.... suara bertanya, suara berdiskusi cukup kuat dan meriah sampai cikgu nak cakap pun takde ruang....


jadi kawan:
1995... saya bila mula jumpa awak..memang takut nak tegur....macam sombong..tapi sebenarnya tak pun....

2010.... cik joe....wife cik joe tu garang laaa....dia garang tak kat rumah....?

umpama padi

hari pertama ramadhan yang lalu....

saya tahu....padi...makin menunduk...makin berisi.... kamu semua nih.... makin menundukkk.... tak tahu laah berisi ke atau beradu...

kelas pukul 8.30am..mengantuknya mengalahkan orang qiamullail sepanjang malam.... atau duk bersahur sepanjang malam???

10.20am... haaahhh....that's all for today, we'll meet again tomorrow for the dicsussion of the questions. haaa!!! sape yang ngantuk tadi...tidooo!!.. nih bila orang dah mula bagi kata2 terakhir, makin segar pulak mata.... tidooooo....!!

industrial power fan 2

it's gone.... it really really gone... tarikh sewaan sudah tamat. kelas ini sunyi tanpa ngauman kipas yang besar itu lagi. asalnya merungut kerana dibekalkan kipas yang bising dan bertiup dengan kasar.... sudahnya, bila sudah tiada.... terasa pulak kehilangannya.....

hmmm.....makin hangat suasana di kelas ini...

sudahlah cikgu mengadap ke luar...matahari baru naik... jadinya mata jadi silau....anak murid memang jelas nampak cikgu... cikgu nampak anak murid umpama bayang-bayang sahaja dek cahaya di belakang anak murid begitu terang.

musim ramadhan ini, makin kering tekak dek kerana bercakap dan dek kerana berpeluh akibat kepanasan.....

itulah,....bila ada merungut.... bila tiada....susah pulak jadinya.... maafkan aku kipas kerana kehadiranmu tidak berapa dihargai dulu....

Friday, 13 August 2010

how rude can the student be?

WHAT I RECEIVED:
SALAM PUAN,
CHECK YOUR INBOX. ASSIGNMENT SENT

WHAT I REPLIED:
OK BOSS!

Friday, 23 July 2010

industrial power fan

kipas sebesar meja nih... sifatnya apabila dipasang mengakibatkan bunyi yang sangat kuat dan berdengung..... angin yang keluar ibarat angin di tepi pantai...atau angin kuat bila hujan lebat akan turun sebentar lagi...


terasa lemas untuk bernafas...tetapi nyaman juga bila ianya dipasang ditengah hari atau petang yang panas terik...lebih berkesan sekiranya disusuli dengan pancutan butiran air halus macam kedai mamak.... atau sekarang ada juga di pasang di khemah kenduri kawin...

di surau....apabila terlampau ramai orang yang datang berjemaah seperti musim terawih...

tapi apabila ianya di pasang di bilik kuliah..

suara cikgu akan menjerit2...umpama bertanding dengan suara kipas besar tersebut.... kesannya.....belum pun berakhir satu jam.... si cikgu akan mengah.... belum lagi apabila mengajar di bulan puasa yang akan datangggg.... makin kering laaa tekak si cikgu....

suasana makin menarik apabila disusuli dengan tebaran kain baju kurung dan tudung berkibar-kibar di tiup angin.... kalau persembahan diadakan di atas pentas...pastinya ianya akan mendatangkan suasana dramatik....lebih lebih lagi apabila lagunya slow rock didendangkan.... mungkin masih ada kesannya kalau kebetulan...warna kain baju kurung cikgu malap....atau gelap dan dihiasi jalur-jalur panjang yang menampakkan kibarannya lebih lembut dan menawan....

aduh....tapi.....bagaimana pula kalau lagu yang didendangkan berkenaan fakta-fakta akademik...... tiada iringan muzik.....dan suasana makin hangat dengan tekanan atau simptom 'coveritis' (iaitu simptom untuk menghabiskan silibus berbanding penekanan mendalam terhadap sesuatu topik) oooohhh......makin mengantuk nampaknya pelajar ku.....

oh kipas..... kenapa engkau jadi pilihan...sambil ku merenung kotak penghawa dingin di dinding kelas....yang hanya menjadi hiasan.....