Showing posts with label cerebral palsy. Show all posts
Showing posts with label cerebral palsy. Show all posts

Tuesday, 16 November 2010

16 November 2005

Selamat Hari Lahir yang ke 5 anakku.... Sungguh tinggi harapan kami padamu... hingga tak mampu dilahirkan dengan kata-kata yang sempurna. Maafkan kami andai tidak dapat memberikan yang paling baik buat dirimu. Hanya doa dan pengampunan dari Allah semoga dirimu beroleh kekuatan untuk terus melayari hidup ini yang pasti dugaannya amat berat. Abdullah Harith....Jadilah hamba Allah yang kuat berusaha..... Jadilah lebih berdikari dan lebih bijak dalam memenuhi segala keperluanmu.. Semoga kau bahagia di dunia dan pastinya di Akhirat nanti.... Sayang Anakku Sayang....Abdullah Harith.....

Monday, 15 November 2010

25 Jan 2009: The Tole

ada beberapa kali kid2 pegi acupunture. ramai foreigner dtg bawak anak2 pegi acupuncture. one mommyfrom India suggests beli buku 'what to do about your brain injured child' glenn doman.

merata juga i survey nak beli kat mana. kinokuniya la. MPH la. online. rupanya ada di library jalan othman. ok juga bila i baca.

tapi akhirnya officemate bagitau jumpa buku tu kat kompleks PKNS. alhamdulillah, dapat juga beli. dapat diskaun lagi.

21 Jan 2009: Otorinilaringology

hari nih kid2 ada appointment di otorinolaringology. VRA test. masa baby dulu buat ABR test. dah lebih umur 6 bulan ada VRA.

Dulu, ada lah dua tiga kali buat ABR untuk measure hearing. walaupun painless, hati ibu...tau je laaa..sayu je tengok .... kesiannya dia diberi ubat tidur, last test ABR, satu dos tak boleh tidurkan dia so, doktor authorised satu dos lagi. lepas test, tak bangun2. dia kena duk kat daycare sampai bangun baru boleh discaj.

masa VRA, kid2 kena observe samada he will turn his head toward a sound presented. test nih di buat dalam bilik kedap bunyi. mujur lah, masa test, child sits on parent's lap. so, dia confortable sket. masa nih...ayah lah paling sesuai berbanding mommy.

Namun begitu, disebabkan tak dapat2 result lagi, terpaksa repeat appointment. maklumlah nak dapat kerjasama budak2 nih payah sket. even me and hubby yakin hearing kid2 ok, tapi paed nak kepastian...

Monday, 8 November 2010

can i just go away?

kid1 was so excited with her new bicycle. kid3 'take over' kid1 old pink bicycle. hubby adjusted the seat so she could put her feet on the pedal. both were very excited and 'ride' everywhere in the house. (it's already 9pm)

kid2 just looked and then suddenly started screaming. he wanted it to. i told him, his wheelchair will be ready soon. 5 year old kid just couldnt understand/accept that/any excuses. he continued screaming and threw a tantrum and signal with his eyes that he wanted a bicycle too.

it break my heart so much...i couldnt say a word....can i just go away?....

Wednesday, 27 October 2010

BAHAGIAN KEBAJIKAN

ni apa? nih apa??!!

ini borang permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan. kataku sambil merujuk kepada borang tersebut.

mana lampirannya??!

ini saya nak sertakan sekali lah nih... kataku

mana suratnya??!

eh..perlu sediakan surat ke?

ye lah...!

saya tanya staf disini, katanya tak perlu. cuma isi borang dan dapatkan tandatangan doktor

tanya siapa?..saya yang uruskan pasal nih??!!

saya tanya encik...err..

bukan cikk ye...Puan!...bukan cik...! Puan

ada nombor telefon dia, kataku sambil buat-buat mencari di dalam beg.

tak pe la..tak kira lah siapa. saya yang uruskan hal nih.

nih kena sediakan surat dari doktor.

tapi doktor dah sign dah di borang nih. tak cukup ye?..tanya ku

saya nak kena bawak surat ni ke kementerian. semua kena ada. surat rasmi. surat doktor.!

saya tak diberitahu perlu sediakan surat doktor dan surat rasmi

ye..nih saya bagitau lah nih!!

kepada siapa surat tu saya perlu alamatkan?

kerani tingkatan tertinggi tersebut mengecop sesuatu di atas sekeping kertas kecil dan menyerahkan kepdaku. llama nak proses benda nih tau!! oo...dah bayar ye?...sambil dia membelek-belek dokumen yang kubawa. so nak buat claim... lama nih

(aku tahu laa lama. pasal tu lah aku bayar sendiri dulu...ish) ok, jadi saya perlu buat surat rasmi dan dapatkan surat doktor.

ye, doktor perlu nyatakan jenis kerusi roda yang macamana yang diperlukan. ada banyak jenis kerusi roda tahu. dan pembiayaannya ada macam-macam. kalau tulis macam tu. TAK paham!

tapi di sini dah tulis penyakit apa.

saya akan bawak ke kementerian tau surat nih. baik sediakan semua. cerita dalam surat pasal anak tuh.!

huhhh...

jangan mengeluh Puan!..ni peraturan!!

saya bukan mengeluh pasal peraturan, saya mengeluh pasal sebelum nih takde pulak dibagitahu perlu buat macam nih. padahal saya dah bertanya dulu. sekarang saya kena berurusan dengan hospital sekali lagi. ye lah, nak mintak duit nih bukan senang

nih saya bagitau laaa nih....katanya sengeh menyindir...






ingin saja kusampaikan padanya.


Puan, puan tak kenal saya. cuba puan tanya orang yang pernah bekerja dengan saya. saya nih tak suka ikut peraturan kah?. bagaimana saya berinteraksi dengan mereka. cuba puan tanya...

saya pun nak tahu bagaimana respon dari pada kawan-kawan puan atau lain-lain staf di jabatan puan nih. bagaimana agaknya cara puan berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka

puan, pernah tak puan ditegur?

puan, saya nak bertanya nih. pernah tak puan ditegur?

tak pernah? puan, Allah sayangkan puan, hari ini dalam sejarah. hari ini puan ditegur tentang sikap puan yang sedikit kurang menyenangkan hati.

hari ini, saya tegur puan. tak perlu saya bercakap panjang lebar. puan fikirlah sendiri.


INI BUKAN KALI PERTAMA KU BERURUSAN DENGANNYA. KALI PERTAMA PUN BUKANLAH SATU PENGALAMAN YANG MENARIK UNTUK DICERITAKAN.

RUPANYA STAF YANG BERURUSAN SEBELUMNYA DENGANKU MEMEGANG JAWATAN YANG LEBIH TINGGI, LEBIH MENGHORMATI, LEBIH LEMAH LEMBUT DAN LEBIH BEKERJASAMA. SYUKUR. KATANYA. 'PUAN BOLEH TERUS BERURUSAN DENGAN SAYA'

Friday, 8 October 2010

Kemudahan dan Keistimewaan Pemegang Kad Kurang Upaya

Sumber adalah dari:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=431%3Akeistimewaan-dan-kemudahan-kepada-golongan-orang-kurang-upaya&catid=202%3Abantuan-dan-subsidi-kerajaan&Itemid=4

Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya
Sukan

Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.


Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan

Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.


Kemudahan Pendidikan

Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Kemudahan Akses di Bangunan Awam

Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.


Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai

Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;


Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.





Kemudahan Pengangkutan Awam

Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.


Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan

Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.


Kemudahan Peluang Pekerjaan

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.

Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.

Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )



Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional

Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.

Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-

Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
Kad Pengenalan;
Lesen Memandu yang sah;
Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-

Lesen memandu - pihak kedua;
Kad Pengenalan - pihak kedua;
Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
Kad Pengenalan;
Kad Pengenalan OKU;
Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya

Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Pencen Terbitan

Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

Kemudahan Geran Pelancaran

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000

Sumbangan Kepada Program-Program OKU

Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

Kemudahan Telekom

Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:-

Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

Takaful Malaysia Berhad

Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-

Kemalangan;
Kematian - urusan pengkebumian;
Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
Keilapan Kekal akibat kemalangan;
Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
Berdaftar dengan mana-mana persatuan.

BANTUAN BAGI MENDAPATKAN ALAT TIRUAN

Saya telah mendapatkan quotation dari satu kedai membekalkan barangan rehab untuk wheelchair anak saya. Ini merupakan recommendation dari PPUM. Oleh kerana saya begitu teruja untuk mendapatkan wheelchair secepat mungkin untuk anak saya, saya pun mengeluarkan sendiri duit dan mendapatkannya dari kedai barangan rehab tersebut dan membawanya ke hospital bagi tujuan modification supaya ianya dapat digunakan oleh anak saya. Tujuan pengubahsuaian tersebut adalah supaya alat tersebut diubah mengikut kesesuaian disability yang dimiliki oleh anak saya. Pengubahsuaian tersebut dijalankan oleh pihak hospital yang mempunyai kemudahan bengkel nya sendiri.

bagi ibubapa yang tidak ada pengalaman mendapatkan alat bantuan untuk anak OKU anda, saya ingin berkongsi pengalaman saya.

1. kita boleh mendapatkan bantuan kewangan bagi membeli alat tiruan seperti kerusi roda, alat pendengaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri masing-masing. Isi borang dan sertakan tiga quotation, salinan IC, Kad OKU anak dan surat pengesahan dari doktor. Sekiranya permohonan di sahkan, bayaran akan terus di buat kepada pusat yang membekalkan alat tersebut. dalam kes saya, disebabkan saya telah membeli dulu dan tiada quotation (hanya 1 quotation) maka katanya saya tidak layak mendapat bantuan. Alasannya ialah, bayaran hanya diberi kepada pembekal dan bukan kepada individu. (cukup birokrasi kan)

2. Sebagai kakitangan kerajaan, ibubapa boleh mendapatkan bantuan dari kerajaan. Sila rujuk pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009. borang permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan.

ibubapa harus mengisi borang:

permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan di bawah pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009.

ubat/alat/perkhidmatan perubatan/rawatan

Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/21/pp212009.pdf .

Sebagai kakitangan kerajaan, sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan bantuan. Namun begitu, persoalannya ialah adakah kita tahu bahawa kita boleh memohon. Dan adakah kita sanggup berdepan dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Apa-apa pun, kita harus melakukan yang terbaik untuk kemudahan anak-anak kita lebih-lebih lagi kepada anak-anak istimewa yang menjadi tanggungjawab kita.

Tuesday, 24 August 2010

sampai pukul berapa??

nih u bawak anak you pegi hospital nih sampai pukul berapa?.. berapa jam?

parents with special need child have flexible working hour untuk uruskan kebajikan anak OKU

sila rujuk surat JPA (S) 1619 Klt.11 (29( bertarikh 30 Ogos 2004

s.p.e.c.i.a.l

it was 2008, it was a short course till weekend.... i was unable to attend one session on saturday.

nobody to take care of kid1 and kid2
hubby is going to have a presentation on saturday

P, can i be excused from attending this saturday?..anak saya takde siapa nak jaga..... suami saya ada kelas

ooo....u bawak je anak u ke sini, i dah bagitau kat staf i, this weekend u all kena jadi baby sitter kalau...

tapi anak saya lain sikit.... nak bawak ke sini??..anak saya special sikit..

special??...semua anak special...anak saya pun special...kata P sambil tersenyum sinis.... bawak je

nih special need child... susah nak jaga...cara makan pun lain....

dia makan macamana?..(seseorang yang lain menyampuk)

dia hisap susu mengiring......bla bla

(but as a conclusion, i still have to attend)

at home... i tried to deal with the daycare... kot2 ada yg boleh tolong jaga weekend.... mereka kata , akan bagitau kemudian,

hubby returned from work...with kid2 on his lap....... i told him what happened..... i can say i'm a very dedicated worker... i always try to finish my work on time...but i have priority in life.... can someone please be considerate....

in the middle of the story.....suddenly i feel sad...really sad...as a mother...having a special need child....feeling bad and disappointed ... miserable... i cried...the ugly cry....thinking that..why it become so difficult for these people to understand.... and to think who will take care of the kids.....

suddenly....kid2...tried to reach me....he actually tried to hug me .. seems like he tried to make me calm ....

hubby said....haaa!! do you think he couldnt understand what we are talking about?...he tried to make you feel better....he understands...

he look curious, suspicious....and even sad....like he was sharing my feeling.....special kid have feelings too......

lagi laaaa hibanya perasaan keibuanku...

it was a sad day for me.....

people are not aware of the OKU's welfare and facilities... may be they dont even want to have anything to do with OKU... it's not in their life's dictionary...

note: principal of the daycare asked one of her staff to take care of kid1 and kid2 (with extra payment of course). i attended the course for half day only cause seems like not all were coming after all.... huh!!..such a rules and regulations...

ini hukum manusia buat.... takkan tak boleh ubah...