Saya telah mendapatkan quotation dari satu kedai membekalkan barangan rehab untuk wheelchair anak saya. Ini merupakan recommendation dari PPUM. Oleh kerana saya begitu teruja untuk mendapatkan wheelchair secepat mungkin untuk anak saya, saya pun mengeluarkan sendiri duit dan mendapatkannya dari kedai barangan rehab tersebut dan membawanya ke hospital bagi tujuan modification supaya ianya dapat digunakan oleh anak saya. Tujuan pengubahsuaian tersebut adalah supaya alat tersebut diubah mengikut kesesuaian disability yang dimiliki oleh anak saya. Pengubahsuaian tersebut dijalankan oleh pihak hospital yang mempunyai kemudahan bengkel nya sendiri.
bagi ibubapa yang tidak ada pengalaman mendapatkan alat bantuan untuk anak OKU anda, saya ingin berkongsi pengalaman saya.
1. kita boleh mendapatkan bantuan kewangan bagi membeli alat tiruan seperti kerusi roda, alat pendengaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri masing-masing. Isi borang dan sertakan tiga quotation, salinan IC, Kad OKU anak dan surat pengesahan dari doktor. Sekiranya permohonan di sahkan, bayaran akan terus di buat kepada pusat yang membekalkan alat tersebut. dalam kes saya, disebabkan saya telah membeli dulu dan tiada quotation (hanya 1 quotation) maka katanya saya tidak layak mendapat bantuan. Alasannya ialah, bayaran hanya diberi kepada pembekal dan bukan kepada individu. (cukup birokrasi kan)
2. Sebagai kakitangan kerajaan, ibubapa boleh mendapatkan bantuan dari kerajaan. Sila rujuk pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009. borang permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan.
ibubapa harus mengisi borang:
permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan di bawah pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009.
ubat/alat/perkhidmatan perubatan/rawatan
Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/21/pp212009.pdf .
Sebagai kakitangan kerajaan, sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan bantuan. Namun begitu, persoalannya ialah adakah kita tahu bahawa kita boleh memohon. Dan adakah kita sanggup berdepan dengan prosedur yang telah ditetapkan.
Apa-apa pun, kita harus melakukan yang terbaik untuk kemudahan anak-anak kita lebih-lebih lagi kepada anak-anak istimewa yang menjadi tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment