Aku harap dapat bangun lebih awal hari ini. misinya ialah pumping (bekalan ebm utk kid3 masih belum cukup sebotol), siapkan baju2 anak2 untuk di bawa ke daycare, gosok baju kerja sendiri. walaupun ku sedar kelas bermula 8.30. aku yakin dapat menyelesaikan misi tepat pada masanya. ku tahu, sekiranya aku berjaya keluar dari rumah 7.30. maka aku akan dapat sampai lebih awal dari pelajarku untuk ke kelas 8.30am. sekiranya aku keluar dari rumah pukul 8.00am. maka aku akan sampai tepat-tepat 8.30am ke kelas. tahap kesesakan lalulintas, route pada hari rabu ini mempengaruhi jangkaan masa sampaiku.
aku tidak dapat menyiapkan semuanya kerana malamnya aku terlalu mengantuk. bila berjaga malam menjaga anak kecil. kid1 dengan kid2 boleh lah di paksa suruh tidur. kid3...lepas midnight baru nak tido. mengantuk laaa menunggu jawabnya. tiada kesempatan pula nak meng'qada' tidur di hujung minggu. memang mengantuk jawabnya. klimaks nye ialah hari rabu atau khamis. memang aku akan jadi mengantuk tak boleh bukak mata. hubby yang tidurkan kid3.
sebaik sahaja bangun dari tidur, aku menyusun baju2 kid1 (sepasang), kid2 dan kid3 (3 pasang seorang). patutlah hubby bising kenapa baju kotor tak pernah kurang. kalau dah masing2 sehari 3 pasang baju. misi basuh baju sekiranya miss satu hari akan menjadikannya bukan lagi satu aktiviti biasa tapi satu aktiviti gerak gempur membebankan. membebankan tukang masuk baju dalam mesin, tukang jemur, tukang angkat, tukang angkut ke bilik atas dan seterusnya tukang lipat.
namun begitu, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. entah mengapa prestasi spectra 2 begitu menjengkelkan aku pagi ini. tiada langsung suction sekuat yang kuharapkan. aku pasti kerana salur getah spectra 3 ini tidak 'ngam' secara ketat dengan spectra 2 punya machine. kadang2 boleh tercabut sambungan komponen tersebut. hasilnya aku meluangkan hampir setengah jam mendapatkan ebm yang tak sampai pun 60ml. rasa kecewa melanda seorang ibu yang menyusukan anaknya secara ekslusif. aku naik ke tingkat atas sambil membebel pasal prestasi spectra 2. namun begitu berterima kasih juga kepada kawanku kerana meminjamkan aku spectra2. jadi tidak perlu aku mengusung spectra 3 ku pergi balik ofis kerana di ofis aku menggunakan spectra 3 dan spectra 2 untuk kegunaan di rumah (bila memerlukan: dalam kes ini stok ebm tidak cukup sebotol)
aku mengejutkan kid1 supaya mandi. hari kid1 akan menjalani ujian jawi dan agama. harapnya dia dapat menjawab dengan betul walaupun study dengan cerita pokemon, conan dan upin dan ipin. Aku mula membelek-belek baju apa yang hendak dipakai ke tempat kerja. dengan berat hati aku mencapai sepasang baju kurung cotton bewarna putih dan berbunga biru sambil hatiku mengeluh. 'pesal laaa pakai baju cotton hari nih, dah sah baju cotton susah nak gosok. namun begitu apabila mengingatkan kelas pagi ini hanyalah sesi ulangkaji dan tidak memerlukan sangat aku beraksi di depan whiteboard. sementelah lagi aku memang selesa berbaju kain kapas, aku pun meneruskan juga dengan pilihanku itu. Proses seterusnya iaitu mengosok baju.
sedang giat menggosok baju cotton yang kelihatan mustahil untuk licin. aku mengira2 dalam hati kalau 3 pasang baju cotton, 4 pasang sutera hantar dryclean berapa agaknya kos sebulan? tiap khamis harus pakai batik. dalam mencongak-congak dalam kepala. terdengar sayup2 suara kid3. huhhhmmmm....huhhmmmmm.... memang jarang meraung kid3...almaklumlah, pantang ada bunyi jer...dah kena sumbat mulut. itulah kebaikan susu ibu. available fresh all the time....huhuhu
haaaa...dah mula daaa... asalnya perlahan. lama-lama makin kuat. ayahhh!!..ayah!!! dia panggil. kid3 memang akan panggil ayah dan mommynya ayah. sejak dua tiga hari ni sahaja baru mula nak panggil 'mommy'. 'ayahhh!..jeritnya lagi...
"ye ...ye...! jeritku. sambil sibuk menggosok kain tudung yang entah kenapa hari nih berkedut lebih dari biasa. untuk sesi baju dan kain baju kurung. aku berserah sahaja, asalkan tak berkedut sangat sudah. semua orang tahu, kain jenis macam tu kriterianya berkedut seribu bila di pakai.... kalau orang yang kurang minat pasal fabric, pasti pelik kenapa orang suka pakai kain cotton macam ni. menyusahkan dan senang berkedut. kalau di tengok, sekali imbas macam kain langsir.
tergiang di telinga adik ku berkata di pagi raya "ooohh zuhudnya koklong"... bila dilihat baju raya kain cotton ku yang mahal bermanik dan dibeli di butik terpilih itu warnanya macam kain lusuh.... huhh...lawak pulak bila memikirkannya. takpe laaa....asal hati puas sendiri..."hanya jauhari yang mengenal manikam" ku menjawab.
"ayahhh!!...ayah!!!" jerit kid3 sambil merengek2....
"kejap ye...mommy nak gosok baju.. " kataku sambil menyiapkan sesi menggosok secara ala kadar. setelah selesai, aku ke bilik tidur dan memujuk kid3. kejap je dah senyap dan tersengih-sengih. di saat ini aku memang percaya satu pernyataan yang ku baca di internet yang berbunyi, susuibu mempunyai bahan yang mampu menenangkan bayi. maha suci Allah..
dalam keadaan terkocoh2..aku memujuk kid3 supaya memberi peluang untuk aku bersiap ke tempat kerja. bukannya haus pun.... sengaja hendakkan perhatian... kalau malam2 menangis ...bukan haus pun.... ayahnya cakap... macam 'ubat tidur'. bagi je, belum sampai 10 saat lelap laaa baby....
mataku tak habis2 mencuri pandang ke jam. nampaknya hampir ke pukul 8.00. misiku pasti akan gagal...aku segera bergerak dengan kadar yang lebih laju. hubby mendukung kid2 ke bawah (sudah bangun kerana kid3 bising merengek). aku mendukung kid3 sambil membawa tudung ke bawah.
cepat...cepattt...mommy nak mandi pulak nih....kid1 baru selesai mandi di bilik air bawah. memang tabiat nya mandi lama. anak dara memang mandi lama. teringat kata2 mak. hubby dah hulur tangan nak bersalam ke tempat kerja...."alamakkk, pukul berapa dahh nih" getus hati kecilku.
hmmm... yelaaa... salam....peluk cium cam biasa....... tapi still dia tidak melepaskan tanganku. tiba-tiba....hubby and kid1 menyanyi:
happy birthday to you!...happy birthday to you!...happy birthday to mommy!..happy birthday to you!......dengan keaadaan mommy belum mandi dan kid1 baru pakai seluar...baru ku teringat...today is my birthday!
No comments:
Post a Comment