Friday, 29 October 2010

invigilation

dari tadi kawan sekerja mengadu tak senang duduk menengokkan budak2 dua orang tuh. suasana sunyi di dewan besar ini melambangkan perhitungan secara aman bagi setiap insan yang telah berjaya menjelaskan yuran telah ditetapkan.

'i have a strong feeling that they are copying laaa' kata kawan sekerja ku

kadang-kadang tubuhku menggigil disapa udara nyaman, atau lebih sesuai sejuk teramat tatkala bertugas di tempat perhitungan tersebut.

sekali lagi, kawan sekerja menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerenah dua budak yang sedang berjuang secara rela paksa itu.

'i think aaa....they are couple laaa....look...they even got a same kind of eraser' kawan sekerja ku mengajak berbual lagi berkenaan budak dua orang itu.

'buy one free one kot' jawabku dengan disambut oleh ketawa kecil dari kawan sekerja ku. aku pun sedikit kurang senang juga dengan tingkah laku dua budak tersebut

selepas break dari sembahyang dan aktiviti pumping, ku lihat budak dua orang masih lagi dengan selamba menjalankan strategi masing2 yang tidak berapa berkesan.


seorang budak yang mungkin lebih bernas otaknya duduk di sebelah kiri. kawan disebelah kanannya pula kerap sungguh mencuri2 pandang ke arah budak yang mungkin lebih bernas otaknya itu. ibarat pengantin lelaki mencuri2 pandang pengantin perempuan atas pelamin dengan perasaan takut dituduh tak nyempat-nyempat atau dah tak dapat menahan sabar...

aku kurang sabar melihatkan ke'selambaan' mereka walaupun pembantu rakan setugas berdiri hampir dengan mereka. aku pun menghampiri...

'eh! nih kenapa 'highlight' bulat2 lepas tu tulis besar besar nih?... kenapa letak kertas soalan sebelah kanan, kan awak righthanded. letak lah sebelah sana, lebih selesa'!...

*sambil tersengeh macam kerang busuk, budak itu segera memindahkan kertas soalan ke sebelah kiri dan langsung tidak lagi meletakkannya di sebelah kanan lagi hingga waktu perhitungan tamat*

No comments:

Post a Comment