kok ja, cousin dan juga teman sepermainanku di zaman kanak-kanak.
banyak aktiviti yang kami lakukan bersama
1. meletakkan kaki dalam reban anak ayam. dan merasa bagaimana comelnya kaki-kaki ayam yang kecik tu memijak kaki kami
2. panjat siling di rumahnya dan berborak di atas siling. nasib baik tak jatuh.
3. bergilir-gilir tidur di rumah masing-masing
4. berborak hingga larut malam. walaupun telah berapa kali mengucapkan 'selamat malam' tapi selalu ada sahaja perkara baru yang hendak diborakkan
5. pakai inai sampai 10 jari. bila nak makan, terpaksa mak teh yang tolong suapkan
6. mandi air perigi...fuhh sejuk dan best bila guna pam sembur tuh....
7. berjual di gerai buah-buahan...dan masak kuih di gerai tersebut
8. berjalan kaki untuk pergi mengaji....bawak bekal nasi dan makan dalam semak dalam perjalanan pergi mengaji
9. kena marah dek wan ngaji kerana tinggalkan al quran tepi pintu sebab sibuk nak pergi main tong golek-golek tepi rumah dia
antara petua kecantikan yang ku pelajari dri kok ja.
1. pakai bedak sejuk yang diperahkan limau kasturi. walaupun pedih. tapi katanya elok untuk kulit muka jadi aku tahankan saja..
2. basuh rambut guna daun bunga raya
3. berendam dalam air daun bagi mencantikkan kulit
4. mandi embun di pagi hari. ini kami praktikkan semasa tidur di kebun. di sini, ada sebuah pondok dan kami akan tidur dua keluarga.
5. berjalan kaki tanpa memakai selipar dalam selut (akibat hujan lebat) dari tepi jalan besar hingga sampai ke rumahnya..(kira-kira 200 meter?). katanya akan mencantikkan kulit kaki.
antara menu yang ku kongsi dengan kok ja.
1. makan megi tengah malam
2. makan limau kasturi yang dibelah empat (tidak putus) dan diletakkan asam masin (asam boi) di tengahnya. ish....menaip nye pun dah membuat kecur air liur
3. makan air batu tengah malam....sebenarnya...fros....
4. meratah susu dumex adik
ada kata-kata yang ku ingat...
kok ja nak sangat tau macamana rupa kita bila dah besar nanti....
awak tolong jaga adik, tolong basuh baju (bila mak ayah pegi haji dan kami adik beradik tinggal di rumahnya)
No comments:
Post a Comment