Wednesday, 10 November 2010

Peluang terakhir....

Puan,

Bersama email ini saya lampirkan keseluruhan assignment yang telah ditugaskan sepanjang semester ini.

Saya memohon jutaan kemaafan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan. Saya akui kelemahan diri saya. Saya telah mencuba sebaik mungkin sepanjang semester ini untuk menamatkan pengajian saya. Tapi apakan daya, kekangan tugas yang begitu membebankan dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan sedikit sebanyak 'mencacatkan' usaha saya.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya. Sekarang, barulah saya faham subjek ini walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ia tidak mengecewakan seperti penyampaian cikgu sebelum puan yang membawa kegagalan sebanyak 2 kali. Saya tidak menyalahkan mana-mana cikgu, tetapi mungkin saya yang kurang peka.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment