Wednesday, 21 July 2010

S.E.D.I.H

aku tidak mahu bersedih. aku tidak mahu membaca cerita-cerita sedih atau menonton cerita duka kisah orang. aku tidak mahu tahu tentang kesedihan.

aku sudah puas bersedih. sedih yang mungkin tiada pengubatnya. sedih yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.

aku mahu pengakhiran cerita yang bahagia. aku mahu menonton cerita lawak yang membahagiakan. aku mahu membaca kisah gembira dan berakhir dengan kebahagiaan.

aku tidak pandai berkongsi kesedihan. kenapa mereka yang diuji segala bentuk bencana, mengeluh dan menangisi nasib? blog bagi cancer survivor pastinya gembira. bagi yang masih menaruh harapan pastinya ayat yang penuh azam dan semangat. bagi yang sudah berputus asa, pastinya tersimpan deraian airmata disebalik setiap ayat yang disusun.

adakah blog si penderita nampak gembira kerana dia lari dari kenyataan atau kerana dia masih berharap?.. harapan yang entah setinggi mana terbangnya. yang mungkin tidak tercapai oleh tangan.

berpijak lah di bumi nyata. engkau tidak akan bahagia. engkau hanya bercerita seolah-olah engkau kuat. hakikatnya, jiwamu sedang runtuh..... sedihmu umpama sedih yang tidak berkesudahan...

blog mu akan mengundang komen dari insan-insan yang membaca:

ada yang akan berkata:

'saya kagum kerana blogmu tidak melambangkan kesedihan tetapi kekuatan dan keazaman yang kuat menangani permasalahan awak'

'saya sangat hiba membaca keluh kesah di dalam blog awak. saya simpati dan saya sentiasa akan berdoa kebahagiaan dan ketenangan awak'

berbagai-bagai tanggapan terhadap susun bicara di jana.

huh...!...aku bayangkan hanya lakonan, ianya lakonan kerana ianya untuk tontonan ramai... adakah pasti ianya jujur???.... hanya yang teguh imannya akan redha dan menerima....dan sejujurnya berkata-kata.

setakad mana jiwa yang diuji akan gembira? pasti yang teguh betul imannya akan gembira dan redha... iman....

aku sudah lagi tidak percaya. pasti terselit sesuatu rasa yang hiba..... kecuali yang teguh imannya akan gembira dan redha....iman...

pastinya....

kenapa perlu berpura-pura yang engkau kuat? ...engkau pasti pernah jatuh dan menangisi dugaan ini... seberat batu dipikul di bahu, selebat hujan di dalam jiwa yang merana.... namun...kecuali yang teguh imannya .....pasti tersenyum..iman....

mampukah penulis memiliki iman seteguh itu?...atau semakin hanyut mengikut arus.....kemanakah ianya akan membawa....?

No comments:

Post a Comment