Wednesday, 10 November 2010

Peluang terakhir....

Puan,

Bersama email ini saya lampirkan keseluruhan assignment yang telah ditugaskan sepanjang semester ini.

Saya memohon jutaan kemaafan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan. Saya akui kelemahan diri saya. Saya telah mencuba sebaik mungkin sepanjang semester ini untuk menamatkan pengajian saya. Tapi apakan daya, kekangan tugas yang begitu membebankan dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan sedikit sebanyak 'mencacatkan' usaha saya.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada saya. Sekarang, barulah saya faham subjek ini walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ia tidak mengecewakan seperti penyampaian cikgu sebelum puan yang membawa kegagalan sebanyak 2 kali. Saya tidak menyalahkan mana-mana cikgu, tetapi mungkin saya yang kurang peka.

Sekian, terima kasih.

Mira..

*"saya selalu bermimpi, tiba-tiba sekarang dia menjadi realiti. masalahnya saya telah bertunang dan langsungnya Disember ini. saya menangis malam-malam mengenangkan nasib saya. Apa yang saya impikan pada seorang wanita ada pada Mira. Saya dalam dilema samada nak teruskan pertunangan atau putus. Sayang saya lebih pada Mira sekarang. Dia memang selalu dalam mimpi saya. Dan sekarang dia sudah ada di depan saya. Mira itu realiti. Macamana ye"*

Panggilan telefon dalam Sinar FM kepada kak engku and the gang....


"kalu aku, aku akan jawab...lain kali....teruslah bermimpi sampai mimpi tu jadi realiti. jgn sementara mimpi nak jadi realiti buat pula ikatan dengan orang lain. bila dah jumpa senang2 nak putus ikatan.... lain kali... mimpi puas-puas dulu..

sekarang, bila dah jadi macam nih....Padan Muka Kau!...memangislah...dan berusahalah membuat keputusan dan bersedia menerima apa jua bahana dari keputusan yang dibuat...wassalam...."

Laut...sekali lagi

Laut,

Padamu bicara

Padamu cerita

dan padamu jua kenangan

Ombakmu

Setiap rentak dan tari

Menyimpan irama semalam

hari ini

dan esok...

Antara aku, dia dan..laut

Dia yang curang

Mengendung janji di jalanan

dan berciciran disapu bayu

Kau bawa pergi kesayanganku

Laut..

Aku kehilangan.....

Monday, 8 November 2010

jalan bawah air tak basahhhh...believe it or not....

"noy! noy!...awak nak tengok tak jalan bawah air tak basahhhhh...." kata riz.

"ishhh..ye ker?" dengan nada tidak percaya, noy menjawab...

"betullll...." kata sham pula seakan cuba menyakinkan noy....

"macamana??...?" tanya noy. naluri budak sekolah rendah begitu teruja ingin tahu.

"jom, kitorang tunjukkan kan", kata riz sambil mengajak sham dan noy ke bilik air...

"cehhhh!!!...macam tu memang laaa tak basahhhhh!!!" kata noy bila melihat sham lalu di bawah air yang riz pancutkan dari salur getah......

can i just go away?

kid1 was so excited with her new bicycle. kid3 'take over' kid1 old pink bicycle. hubby adjusted the seat so she could put her feet on the pedal. both were very excited and 'ride' everywhere in the house. (it's already 9pm)

kid2 just looked and then suddenly started screaming. he wanted it to. i told him, his wheelchair will be ready soon. 5 year old kid just couldnt understand/accept that/any excuses. he continued screaming and threw a tantrum and signal with his eyes that he wanted a bicycle too.

it break my heart so much...i couldnt say a word....can i just go away?....

hari nih sangat seronok!!!

Kid1 and her friends menyertai Pertandingan Nasyid Aulad Pra Sekolah 1431H/2010M. 7 November 2010, 30 Zulkaedah 1431H. Kompleks PKNS, Shah Alam. Anjuran IKRAM dan JIM.

Kategori pakaian terbaik, persembahan terbaik dan vokal terbaik gagal di raih. namun begitu, dapat pula tempat pertama sebagai johan. Selain makanan tengahari berupa nasi goreng dan air mango, peserta mendapat hadiah goodie bag berisi makanan dan satu set alatulis. Johan pula mendapat medal. for 6 year old kid. it is the best present ever....!

congratulations!

kid1 is very happy and proud.

in the afternoon, hubby bought a new bicycle for her belated birthday present. dengan aksesori tambahan roda kecil dan loceng disebelah kiri....cukup teruja dia...:)

at night, before sleep....she said....

"hari nih...sangat seronokkkk!!"

kok ja

kok ja, cousin dan juga teman sepermainanku di zaman kanak-kanak.

banyak aktiviti yang kami lakukan bersama

1. meletakkan kaki dalam reban anak ayam. dan merasa bagaimana comelnya kaki-kaki ayam yang kecik tu memijak kaki kami

2. panjat siling di rumahnya dan berborak di atas siling. nasib baik tak jatuh.

3. bergilir-gilir tidur di rumah masing-masing

4. berborak hingga larut malam. walaupun telah berapa kali mengucapkan 'selamat malam' tapi selalu ada sahaja perkara baru yang hendak diborakkan

5. pakai inai sampai 10 jari. bila nak makan, terpaksa mak teh yang tolong suapkan

6. mandi air perigi...fuhh sejuk dan best bila guna pam sembur tuh....

7. berjual di gerai buah-buahan...dan masak kuih di gerai tersebut

8. berjalan kaki untuk pergi mengaji....bawak bekal nasi dan makan dalam semak dalam perjalanan pergi mengaji

9. kena marah dek wan ngaji kerana tinggalkan al quran tepi pintu sebab sibuk nak pergi main tong golek-golek tepi rumah dia


antara petua kecantikan yang ku pelajari dri kok ja.

1. pakai bedak sejuk yang diperahkan limau kasturi. walaupun pedih. tapi katanya elok untuk kulit muka jadi aku tahankan saja..

2. basuh rambut guna daun bunga raya

3. berendam dalam air daun bagi mencantikkan kulit

4. mandi embun di pagi hari. ini kami praktikkan semasa tidur di kebun. di sini, ada sebuah pondok dan kami akan tidur dua keluarga.

5. berjalan kaki tanpa memakai selipar dalam selut (akibat hujan lebat) dari tepi jalan besar hingga sampai ke rumahnya..(kira-kira 200 meter?). katanya akan mencantikkan kulit kaki.


antara menu yang ku kongsi dengan kok ja.

1. makan megi tengah malam

2. makan limau kasturi yang dibelah empat (tidak putus) dan diletakkan asam masin (asam boi) di tengahnya. ish....menaip nye pun dah membuat kecur air liur

3. makan air batu tengah malam....sebenarnya...fros....

4. meratah susu dumex adik



ada kata-kata yang ku ingat...


kok ja nak sangat tau macamana rupa kita bila dah besar nanti....

awak tolong jaga adik, tolong basuh baju (bila mak ayah pegi haji dan kami adik beradik tinggal di rumahnya)